Jumaat, 29 April 2011

belajar tawakal daripada semut...

"Allah menyediakan rezeki untuk burung
tapi ia mesti terbang untuk mendapatkannya
bukankah itu tandanya setiap kita mesti berusaha"

nabi sulaiman bertanya kepada seekor semut, tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.
lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan meletakkan gula sebesar sebutir gandum. mulut botol itu kemudian ditutup.

cukup tempoh setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. nabi sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?

sang semut menjelaskan bahwa jika diluar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan jika yakin dengan Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. oleh sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidka yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? apa akan terjadi nanti?

ertinya...semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar botol berbanding dengan jaminan manusia ketika di dalam botol...



p/s : inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. jangan sesekali bergantung kepada sesama mahkluk dalam soal rezeki, sebaliknya bergantunglah kepada Allah..

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang wanita

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang wanita :

1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.


Tragedi kejut solat




AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.


“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.


Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.


Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.


“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.


“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.


Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.


yaAllah....apakah dosa si isteri ini sehingga si suami bertindak dgn begitu kejam skali....wahai manusia yg bergelar lelaki@suami...ingt lahh kamu bahawa perempuan@isteri perlu d sayangi dan bknnya d kasari...:-(

Kenapa wanita mudah menangis?

Kenapa wanita mudah menangis?
Perempuan, kaum hawa ternyata dilahirkan dengan sifat kelembutan ,keibuan dan kasih sayang yang mendindingi jiwanya. Berlainan dengan kaum adam, ternyata kaum hawa lebih rendah kedudukannya dalam apa jua aspek kehidupan.Ini disebabkan wanita semamngnya cukup sensitif dan jiwa mereka lebih mudah tersentuh. Lantaran kerana terlalu mempercayailah wanita juga mudah ditipu, diseleweng dan dijadikan hamba kepada kaum adam.

1.Air mata adalah sejata yang boleh meruntuhkan keegoan lelaki. 
  • Keegoan lelaki + air mata perempuan = penyatuan dua hati...

2. Jika ada yang memandang rendah akan kemampuan mereka. Perempuan ingin rasa dihargai, dicintai, disayangi.. Ada kala perempuan umpama kanak-kanak, ada masa ingin di manja, ingin di belai.. Mereka inginkan perhatian.. Usah biarkan mereka rasa diri tidak diperlukan... Bila hati tersentuh, nangis la jadi peneman...


4. Dibandingkan lelaki, perempuan ternyata lebih suka memendam rasa daripada meluahkan segala apa yang terbenak dalam jiwa dan perasaan mereka.Hari demi hari,apa yg terkumpul menjadi satu beban yang akan meletup dan akhirnya air mata menjadi teman yang setia.

5.Wanita lebih suka termenung dan berfikir panjang. Apa jua perkara yg berlaku walaupun remeh temeh sering menjadi satu perkara yang terikat pada pelbagai kesan negatif mahupun positif.Kerana banyak memikirkan perkara-perkara yang menyentuh jiwa,lantas mereka tetap menitiskan air mata.

6.Akhir sekali,air mata wanita adalah tanda keluhuran serta kesabaran kaum ibu merintih hari demi hari menyatakan kesetiaan mengiringi perjuangan suami yg tercinta dan membesarkan anak-anak yang tersayang.





Hayatilah baris demi baris


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
*De Hearty - wanita...

Apalah salah nasi lemak?

Assalamualaikum.. saya rasa skrg nie dah kecoh pasal nasi lemak diharamkan di jual di kantin sekolah. Katanya punca budak-budak obes. Ok fine, tp saya sngt2 tak setujudgn perkara nie... Kenapa nasi lemak di haramkan????hmmm…. Konon2nya nasi lemak tak baik untuk kesihatan, boleh menggemukkan, banyak guna santanlah itu lahh..ini lahh…. Apa salahnya kalau kurangkan kuantiti santan dalam nasi?
**************************************************************************************************

 gambar hiasan sahaja
************************************************************
Kalau kat kantin tak jual nasi lemak sekalipun, kat luar sekolah ada orang jual aiskrim, jual jajan, balik rumah makan sosej, burger, pizza, kfc, meggi dan sbgainya, sihat ke budak tu? Gula-gula, coklat, itu dah jadi menu wajib untuk budak-budak. Macamana pulak agaknya ya?
**************************************************************************************************************************


hmm…so jgn lahh nak salah kan nasi lemak aje….ishh3x…..
Nasi lemak nie kan punca pndapatan org2 kg….hmm mak,ayh n cg2 kita dulu2 pon mkn nasi lemak juga..ok jekkk…xd pon mslah….nasi lemak nie kan mkanan tradisi kita….
***********************************************
saya ada terbaca kt FB pasal si cg nie geram kat ank murid die,,,die salah kan nasi lemak...isshh3x...x patut3x....
nasi lemak kew pnca ank2 skrg mkin kuarang ajar + degil +x dgr kata???
~~~~~~~~~~~~~~~~
pikir2 kan lahhh..
p/s ;saya..waniey..ami..slalu juga mkn nasi lemak time rehat..tp alhamdulilah aje,,xd lahh nak kurang ajar dgn cg.


3o larangan kepAda muslimah

salam semua...entri kali nie..nak kongsi ckit pasal 30 perkara yang dilarang wanita melakukannya.....semoga kita jauh daripada bisikan syaitan agar tidak melakukan perkara yang membuatkan kita jauh dari cinta Allah......yaAllah, jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa taat pada semua perintahMu, anak yang mendengar kata dan berjasa pada keluarga, isteri yang solehah yang menyejukkan hati cinta hatiku, dan ibu yang penyayang kepda anak-anakku kelak…amin…;-)                                                                                                             
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Lelaki vs Wanita

Diriku Dan Dirimu Berbeza,Namun Kita Sama-Sama ISTIMEWA

LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya…

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yg belum baligh. Sedangkan perempuan berkahwin tidak perlu menanggung dosa-dosa ini semua.

Berat, kan?

Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki harus bertanggungjawab ke atas ibunya, dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dosa baginya, terutama bagi anak lelaki yg tua (sudah cukup dewasa), manakala perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab begini. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yg berbuat baik, ganjaran pahala dapat kepadanya, dan kalau berbuat yg tidak baik, maka dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat, kan??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri tidak dikenakan kewajiban tersebut. Walaubagaimanapun, isteri dibolehkan membantu suami dalam urusan mencari rezeki. Tetapi harus diingat, HARAM bagi seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya, apatah lagi jika suami tersebut menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin!

Ada banyak lagi yg lelaki (lebih-lebih lagi yg bergelar suami) perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya, boleh diumpamakan seperti gunung dengan semut. Justeru itu, tidak hairanlah apabila mengikut kajian yg dibuat, nyawa orang perempuan dikatakan lebih panjang berbanding lelaki. Ini kerana mengikut kajian, lelaki dipercayai mati cepat kerana tidak tahan lagi dengan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya.

Tetapi ingatlah dan yakinilah, setiap yg diciptakan Allah SWT pastinya ada kelebihannya tersendiri. Orang lelaki juga pastinya ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki.>> Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah).>> Saksinya kurang berbanding lelaki.>> Menerima pusaka kurang dari lelaki.>> Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.>> Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kpd isteri.>> Kurang dlm beribadat ekoran haid & nifas yg tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yg positif?

Kita sedia maklum, benda yg mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dgn seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yg diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yg banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: (1) isterinya, (2) ibunya, (3) anak perempuannya, dan (4) saudara perempuannya. Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki: (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya, dan (4) saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: (1) tidak meninggalkan solat lima waktu, (2) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) taat kepada suaminya, dan (4) menjaga kehormatannya.

Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yg sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.

MaashaALLAH... betapa sayangnya ALLAH SWT kepada wanita...


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...dirimu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itulah DIA mengangkat dirimu menjadi pemimpin, dan sesungguhnya kuasa talaq juga ada di tanganmu... Dengan keistimewaan yg diberikan ini, maka JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 (baik lelaki mahupun wanita) dapat pulang menghadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi-Nya…