Jumaat, 29 April 2011

Kenapa wanita mudah menangis?

Kenapa wanita mudah menangis?
Perempuan, kaum hawa ternyata dilahirkan dengan sifat kelembutan ,keibuan dan kasih sayang yang mendindingi jiwanya. Berlainan dengan kaum adam, ternyata kaum hawa lebih rendah kedudukannya dalam apa jua aspek kehidupan.Ini disebabkan wanita semamngnya cukup sensitif dan jiwa mereka lebih mudah tersentuh. Lantaran kerana terlalu mempercayailah wanita juga mudah ditipu, diseleweng dan dijadikan hamba kepada kaum adam.

1.Air mata adalah sejata yang boleh meruntuhkan keegoan lelaki. 
  • Keegoan lelaki + air mata perempuan = penyatuan dua hati...

2. Jika ada yang memandang rendah akan kemampuan mereka. Perempuan ingin rasa dihargai, dicintai, disayangi.. Ada kala perempuan umpama kanak-kanak, ada masa ingin di manja, ingin di belai.. Mereka inginkan perhatian.. Usah biarkan mereka rasa diri tidak diperlukan... Bila hati tersentuh, nangis la jadi peneman...


4. Dibandingkan lelaki, perempuan ternyata lebih suka memendam rasa daripada meluahkan segala apa yang terbenak dalam jiwa dan perasaan mereka.Hari demi hari,apa yg terkumpul menjadi satu beban yang akan meletup dan akhirnya air mata menjadi teman yang setia.

5.Wanita lebih suka termenung dan berfikir panjang. Apa jua perkara yg berlaku walaupun remeh temeh sering menjadi satu perkara yang terikat pada pelbagai kesan negatif mahupun positif.Kerana banyak memikirkan perkara-perkara yang menyentuh jiwa,lantas mereka tetap menitiskan air mata.

6.Akhir sekali,air mata wanita adalah tanda keluhuran serta kesabaran kaum ibu merintih hari demi hari menyatakan kesetiaan mengiringi perjuangan suami yg tercinta dan membesarkan anak-anak yang tersayang.





Hayatilah baris demi baris


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
*De Hearty - wanita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan