Jumaat, 29 April 2011

belajar tawakal daripada semut...

"Allah menyediakan rezeki untuk burung
tapi ia mesti terbang untuk mendapatkannya
bukankah itu tandanya setiap kita mesti berusaha"

nabi sulaiman bertanya kepada seekor semut, tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum.
lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan meletakkan gula sebesar sebutir gandum. mulut botol itu kemudian ditutup.

cukup tempoh setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. nabi sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?

sang semut menjelaskan bahwa jika diluar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan jika yakin dengan Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. oleh sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidka yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? apa akan terjadi nanti?

ertinya...semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar botol berbanding dengan jaminan manusia ketika di dalam botol...



p/s : inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. jangan sesekali bergantung kepada sesama mahkluk dalam soal rezeki, sebaliknya bergantunglah kepada Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan